Definisi Web 2.0 :
Apa yang saya faham mengenai definisi Web 2.0 ini ialah website yang mendapatkan nilai dari aktiviti penggunanya sendiri. Ianya hanya berlaku interaksi antara pengguna dengan websitenya. Contoh aktiviti pengguna yang boleh kita jumpai di website ialah seperti  Wikipedia, ensiklopedia yang ditulis dan diedit oleh penggunanya seperti ; Youtube, video sharing berdasarkan kiriman pengguna; Flickr, dan sebagainya dimana ia boleh mengirim dan berkongsi gambar.

Web2.0 sangat luas pengertiannya dan setakat ini pengertiannya secara tepat masih lagi di dalam perbincangan. Tapi apa yang pasti, Web2.0 berpusatkan kepada kita(pengguna) atau lebih tepat lagi dipanggil sosial atau ’social’.

Web 2.0 juga merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan berbagai layanan di web yang memungkinkan pemakai untuk berkolaborasi dan berkongsi informasi secara online. Web 2.0 bersama-sama dengan SOA (Service-Oriented Architecture) merupakan teknologi yang “memenuhi janji” implementasi proses bisness yang fleksibel (Sandy Carter, 2007) dan memungkinkan organisasi untuk beroperasi lebih efisyen walaupun terpaksa menuntut perubahan budaya dan pola pemikiran yang lebih signifikan.

Ada pihak yang mengatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan pada social network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia Blog (Konek edisi 5 Februari 2006). Dengan adanya RSS di dalam Blog, informasi-informasi di dalam sebuah Blog dimungkinkan dapat diadaptasi, dikoleksi, dan dikongsi untuk menjadi b.ian dari Blog lainnya.

• Ciri-ciri Web 2.0
Terdapat beberapa ciri-ciri website 2.0 antara yang saya tahu adalah :
1. Menggunakan internet sebagai platform, aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan secara lansung diatas browser dan bukan diatas satu sistem operasi terntentu.
2. Aplikasi web 2.0 memiliki sifat yang unik, iaitu memanfaatkan kepandaian orang ramai secara kolektif. Hasilnya, muncullah pengetahuan asas yang sangat luas kerana hasil dari gabungan pengetahuan orang ramai.
3. Kekuatan aplikasi web 2.0 terletak pada data.
4. Aplikasi web 2.0 selalu diupdate  secara terus menerus kerana sifatnya yang bukan lagi produk, tapi bersifat layanan.
5. Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik-teknik pemprograman yang ringan, spt AJAX (Asynchronous Javascript and XML) dan RSS.
6. Aplikasi web 2.0 boleh berjalan secara berintegrasi melalui berbagai device.
7. Aplikasi web 2.0 memiliki pengguna interface yang kaya meskipun berjalan di dalam browser, ini adalah kerana kebaikan menggunakan AJAX.

• Kelebihan dan kelemahan Web 2.0
Seperti semua perkara lain, sesuatu itu mesti ada positif dan negatifnya sama juga dengan web 2.0 yang juga ada kelebihan dan kelemahannya. Antara kelebihan dan kelemahan web 2.0 ialah:

Kelebihan web 2.0 :

Dengan adanya Web 2.0 yang memberikan peluang kepada semua pengguna saling memberi maklumat, maka terjadi pengumpulan maklumat dan informasi yang sangat banyak (contoh Wikipedia). Ini kerana tidak ada (jarang) yang melarang untuk menulis apapun, maka terjadi demokratisasi dalam dunia digital yang sumber informasinya bertambah banyak dan orang dengan mudah dapat mencari informasi yang lebih lengkap, pelbagai dan seimbang, ia tidak hanya dari satu arah saja. Dengan demikian orang ramai mendapat keputusan dan maklumat yang lebih tepat. Contoh yang mudah adalah sekarang di Internet kita dapat membaca surat khabar, sebagai sumber berita, dari banyak negara dengan mudah. Informasi yang beragam dapat saling melengkapi. Antara kelebihan lain ialah seperti berikut :
1. Servis.
Bagi penggunanya, Web 2.0 merupakan servis dengan skalabilitas pembiayaan yang efektif. Berbeza dengan media konvensional yang pada umumnya memerlukan pembiayaan yang mahal. Web 2.0 merupakan media yang bersifat low budget high impact. Dengan pembiayaan yang efisien, Web 2.0 mampu membuat jejaring sosial yang terus membesar serta saling berhubungan.
2. Kontrol.
Pengontrolan unik Web 2.0 menjadikan konten Web 2.0 semakin kaya, seiring bertambahnya jumlah pengguna. Jika dulu pengguna website menjadi pembaca,dengan konsep Web 2.0 pengguna dapat menjadi pembaca dan penulis, termasuk juga mengontrolnya. Dengan kata lain, Web 2.0 merupakan contoh demokrasi “dari rakyat untuk rakyat.”
3. Kepercayaan.
Dalam hal ini terjalin kepercayaan antara penyedia Web 2.0 dan pengguna. Hal mengagumkan yang dihasilkan Web 2.0 adalah kontribusi pengguna tanpa saling mengenal satu sama lain, dari berbagai
latar pendidikan dan budaya, telah mampu bersama-sama memelihara eksistensi Web 2.0 dengan dasar kepercayaan para pengguna.
4. Kepandaian Kolektif.
Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan
pengguna membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual.
5. Long Tail.
Web 2.0 menciptakan kurva Long Tail yang memberikan variasi pilihan yang tidak terbatas. Chris Anderson “The Long Tail: Why The Future of Business Is Selling Less of More”, menyebutkan kekuatan distribusi, di mana pasaran-pasaran yang mikro dapat menjual dengan volume yang lebih tinggi, dibandingkan dengan volume pasaran makro.
6. Level Software.
Web 2.0 merupakan sebuah servis terintegrasi berbagai device, mobile/handheld device, PC, ataupun server internet.
7. Kemudahan.
Web 2.0 juga dapat memberikan sokongan kemudahan yang lengkap dengan beberapa hal seperti user interface, model programming, mahupun model bisness.

Kelemahan web 2.0 :
1. Web 2.0 adalah lebih bersifat terbuka dan ini menunjukkan kelemahannya. Kebanyakan kita menyimpan data di server gratisan maka kita tidak boleh menuntut kalau ada yang data hilang atau sistem down.
2. Web 2.0 juga menjadikan pengguna sangat bergantung pada Internet sehingga jika akses Internet putus pengguna tidak mempunyai alternatif lain. Pada aplikasi yang berat memerlukan bandwidth yang besar, mungkin pada awalnya saja, sehingga terasa kurang sesuai menggunakan aplikasi Web 2.0 yang berat-berat.

• Perbezaan Web 2.0 berbanding Web 1.0
1. Dari segi perilaku, web 1.0 lebih kepada membaca dan web 2.0 lebih kepada menulis
2. Manakala dari segi pelaku utama , web 1.0 digunakan oleh syarikat dan web 2.0 digunakan oleh pengguna atau komuniti
3. Hubungan dengan server, web 1.0 gunakan client-server dan web 2.0 gunakan peer to peer
4. Seterusnya Bahasa pemprograman penampil kandungan, web 1.0 menggunakan kod HTML dan web 2.0 menggunakan kod XML
5. Hubungan penerbit dengan pengguna, web 1.0 menggunakan satu arah dan web 2.0 menggunakan dua arah atau interaktif
6. Pengelolaan kandungan, web 1.0 lebih tertumpu kepada taksonomi dan web 2.0 ialah folksonomi
7. Dari segi Penayangan berbagai informasi, web 1.0 gunakan portal dan web 2.0 gunakan RSS atau indikasi
8. Hubungan antara pengakses, web 1.0 adalah tidak ada dan web 2.0 berjejaring
9. Dan akhir sekali sumber kandungan, web 1.0 mempunyai pemilik tapak web dan web 2.0 mempunyai pengguna

Apakah sumbangan Web 2.0 di dalam pembangunan blog 
:
Web 2.0 lebih menekankan kepada sosial network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia Blog. Dengan adanya RSS maka telah adanya teknologi penyampai berita. Kepanjangan RSS ( Really Simple Syndication) di dalam blog, informasi-informasi di dalam sebuah blog dimungkinkan dapat diadaptasi, dikoleksi, serta dikongsi menjadi sebahagian daripada blog lain. Pengguna awam tidak hanya sekadar dapat membaca halaman web tetapi juga boleh memberi komen- komen dari sisi web yang terdapat RSS di dalam Blog dimana semua informasi Blog mungkin dapat diadaptasi, dikoleksi, dan di kongsikan bersama untuk menjadi bahagian dari Blog lainnya. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0 untuk membangunkan blog seseorang.

Keterbukaan dan pembebasan data salah satu daripada ciri penting Web 2.0. Melalui ciri interaktifnya pula, telah terbentuk suatu corak perhubungan sosial baharu dalam talian yang memberi peluang kepada para pengguna untuk berinteraksi bukan sahaja dengan penyedia bahan tetapi juga sesama pengguna bahan. Mereka boleh berkongsi maklumat dengan sangat banyak serta mempunyai kuasa untuk mentakrifkan semula bahan atau data mengikut pemahaman dan keselesaan mereka. Ini tercermin jelas melalui inter aktiviti yang wujud di blog-blog yang disediakan oleh Blogger, Wordpress, Typepad dan lain-lain.

Ia juga merupakan interaksi antara pengguna dengan sistem merupakan tujuan dibangunnya teknologi Web 2.0. Interaksi tersebut haruslah diimbangi dengan cepat untuk mengakses data, maka ia diperlukan suatu bandwith yang cukup untuk loading data secara pantas. Sokongan seperti AJAX yang menggabungkan HTML, CSS, Javascript, dan XML pada Yahoo Mail Beta dan Gmail membuat pengguna merasakan nilai lebih dari sekadar penyediaan e-mail. Kombinasi antara media komunikasi seperti Instant Messenger (IM) dan Voice over IP (VoIP) akan semakin memperkuatkan karakter Web 2.0 dalam menyumbang kepada pembangunan sesebuah blog.

rujukan dari:

http://www.akakom.ac.id/node/28
http://en.wikipedia.org/wiki/Web_2.0
http://budiwiyono.com/2008/08/06/tujuh-prinsip-web-20/
www.asblogger.com/category/review/
www.akakum.ac.id/node/28

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS




Gratisan Musik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sebagai bakal guru, adakah kita tahu peranan kita sebagai guru?

salam dan selamat sejahtera....hr ini saya telah belajar serba sedikit tentang tugas dan peranan guru. sesetengah pendapat mengatakan yang tugas guru buat tidak setimpal dengan gaji yang mereka dapat kerana terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat. adakah anda semua pernah dengar bahawa guru ada buat kerja overtime?
xde kan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masalah yg xpernah selesai hingga hari ini




Salam...saya nak kongsi masalah sikit,lau sape2 yang baca ruangan ni dan ada idea atau nak bagi pendapat atau juga nak hulurkan bantuan, sila lah gtau saya ek.....mnelah thu cadangan korang dapat membantu saya.....mcm ni, saya tinggal di sebuah kampung pedalaman. kalau nak pergi ke rumah saya kenalah naik bot sebab kampung saya tu seberang sungai kelantan dan kampung saya tu juga ada orang panggil pulau. namun, ada juga satu jalan yang boleh dilalui tanpa naik bot tp jalah tu terlalu jauh dan jalannye tak elok dengan jalan yang berlubang2 dan buruk lah,lau lalu jalan tu siksa lah baik ikut sungai,jadi kena naik bot la.jalan yang naik bot ini menjadi keutamaan penduduk kg di kaw tu termsuk saya lah...jadi saya nak menyampaikn hasrta hati saya dan juga pend seangkatan dengan saya supaya bantu la kami menyediakan jambatan yang sesuai dan selamat kami guna untuk kegunaan harian kami...berilah saya,keluarga saya,kwn2 dan pend kg saya menikmati kehidupan yang selesa sama seperti orang lain....telah banyak saya dengar kabar angin yang mengatakan bhw jambatan akn dibuat,tp sampai hr ni sama jugak keadaannye iaitu kami terpaksa naik bot untuk keluar ke bandar dan ke sekolah....namun saya bersyukur sb da juga tmpt untuk berteduh tp kalu kami diberi kemudahan itu,kami amat berbesar dan brterima kasih kerana mengurangkan kesusahan yang saya alami selama ini...lau nk thu, time banjir lagi la kami tersiksa,tuhan saje lah yang thu.....sekian....luahan hati hamba Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS